BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 3, 2010

Waktu ? Atau aku ?

Lambat sungguh masa berlalu pergi ... menghintung hari bila lagi dapat ku dakap sebuah hati itu. Jauh sungguh pemergiannya kali ini. Dan jendela itu sudah mulai bosan menantang tanganku yg berdagu dibingkainya.

Cepatlah berlalu wahai malam.

Cepatlah kembali wahai siang.

Ya akan kuulanginya lagi sehingga 'nyawa' aku kembali.

Cepatlah wahai kanda ...

Rindu sudah bersarang di jiwa !


Suara dari langit : Sakitnya merindu!

Sunday, January 31, 2010

Kucup

Kucup cinta
Kucup kasih
Kucup rindu
Kucup sayang
Kucup setia


Satu tubuhmu ku kucup ...



Suara dari langit : yg tidak, ditidakkan saja ! :P

Tuesday, January 26, 2010

dering


Berderingggggggg...
Memekakkkkk.
Bingitttttt.

Tapi kalau bukan panggilan dari kamu ... aku biarkan saja.

Mampus loh !




Suara dari langit
: Ya kalau panggilan penting, harus lah diangkat !

pagi yg biasa tapi istimewa


Stickynote di pintu
:


Sayang, keterlaluan utk membangunkan kamu yg masih bermimpi indah. Ku perhatikan saja senyum di bibirmu dgn mata masih terpejam. Terima kasih kerana masih mahu berkongsi degup jantung kamu dgnku. Aku sayang kamu. Tiada sempadan waktu.



Dan hatiku jatuh berguguran lagi.


Suara dari langit : Jujur ya?


Monday, January 25, 2010

Jawapannya adalah ...

Dia : Suatu masa dulu kamu membenci aku.
Aku : Benar
Dia : Sekarang?
Aku : Masih benci tp benci yg menyayangi.
Dia : Tak faham.
Aku : Memang aku mahu kamu terusan tidak faham. Aku kan unik. Beza dari semua?
Dia : Tapi aku tetap sayangkan kamu.
Aku : Jujur ?
Dia : Ya. Tapi kenapa kamu benci yg menyayangi aku?
Aku : Aku benci kerana aku sayang kamu & perasaan itu tidak mahu hilang hingga kini.
Dia : Aku akan terus tersenyum seharian hari ini !

...akhirnya....BENAR KAMU SAYANG AKU ?

Suara dari langit : Kadang mencari yg baik terus serata tempat, rupanya yg sejati itu ada di sisi sekian lama. Perlu apa lagi meletihkan tubuh?

...dan aku masih tak punya apa2....


Masih terusan begini ...
Menatap hari berlalu pergi
Hendak dihintung waktu ... emosi terganggu
Mahu dikucup bahagia
Derita masih enggan berlalu
Menatap sinar mentari
Dari jendela lain
Menumpang senyum
Sudut bibir yg berbeza

Sekali lagi ... kamu sayang aku ?


Suara dari langit : Ya sudah suratan kata semua. Perlukah aku pasrah & cuma mendakap duka berterusan?

Perlu ?

Kadang2 terpanggil utk meluahkan segala isi hati kepada sesiapa saja. Tak perlu hipokrik. Tak perlu jadi munafik. Cuma perlu jadi diriku sendiri.

Ada disayang. Susah. Tiada disayang. Juga susah.

Kadang perlu dicubit. Ditepuk tampar. Dibelai rambut. Dipeluk erat. Ya, aku perlu itu!

Tapi yg paling penting ... aku mahu didengar luahan hati ini. Dan kamu hanya perlu diam. Dengar saja. Tak perlu yg lain. Bila sudah puas aku bercerita, baru kamu berkata ya?

Kamu sayang aku ???

Suara dari langit : Indah yg tiada ketetapan ... *binggungggggg*